Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Monday, January 30, 2012

Diriku pejuang Islam yang satu

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya, indahnya, oh indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu
Diriku pejuang Islam yang satu



sambutan maulud nabi: perarakan VS ceramah

antara sambutan yang paling saya tunggu selain perayaan aidil fitri dan eidul adha adalah Sambutan Maulud Nabi.yang akan kita sambut tidak lama lagi..insyaALLAH ..12 RabiulAwwal . kenapa YA..

sebab terasa saangatt meriah sambutan MAulud NABI. Umat Islam berada di Jalanan dengan sepanduk nya, kemudia Berzanji serta berMarhaban..seronok kan melihat umat ISLAM bersatu..insyaALLAH..

tapi andai sebulan sambutan Maulud Nabi di imarahkan dengan Kuliah-kuliah Sirah Nabawiyah terasa lagi menyeronokkan..Tiap-tiap hari dapat dengar sirah nabi.Dapat mengetahui Sunnah-sunnah nabi. Rasa macam Baginda berada bersama kita. Bila Qalbu dihidupkan dengan Kuliah-kuliah dan ceramah-Ceramah..

.masyaALLAH..manisNYA.. bila melihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sudah di akhir usia ke MASJID bersama-sama ANAK-ANAK MUDA yang pasti akan menemui MATI berkumpul dimasjid untuk mendengar dan men"cedok" ilmu agama.NIKMAT kan.. JOM BERSELAWAT DALAM MERASAI CINTA AKAN BAGINDA


14 FEBRURI 2012

dalam anak muda ramai menyambut hari "VALENTINE".. saya pun muda juga..nak juga sambut VALENTINE tapi dengan merasai ROH cinta nya akan rasul junjungan kita BAGINDA S.A.W.. JOM sama-sama mengibarahkan IHYA MAULUD NABI dengan merasai manisnya akan bercinta , menyayangi BAGINDA..


CINTA AKAN SUNNAH BAGINDA,
IKUTI AJARAN ISLAM
ISLAM IS A WAY OF LIFE

bukan saja terhadap pemerintahan diri kita, malahan kita sebagai BOS wajib menegur, mengajak pekerja kita untuk menunaikan solat, mengajak kearah kebaikan, dan tidak mengkhianati  pekerjanya

Thursday, January 26, 2012

tangislah seorang DAIE.. dipangkuan IBUMU..

creadit to http://www.greenappleku.com/2010/11/insaf-sekejap.html


disaat dirimu tenggelam dalam kegelapan kehidupan.
diri mu sibuk mengejar kejayaan
demi kejayaan
sehinggalah memiliki segulung ijazah..
diri mu terkapai-kapai mencari sinar kehidupan
dalam mengapai [perubahan kehidupan..

tiba suatu hari..
muncul dia dalam dirimu
mereka yang bercinta dengan DIA berada di sekeliling mu..
diri mu sedikit demi sedikit
titik hitam di hati mu sikit demi sedikit
mula berkurang
dek kerana sinar si dia
mula terpancar di qalbumu


diri mu dulu
penuh kegelapan
mula menyedari erti sebenar cinta kepadanya
diri mu mula menghargai
erti sebanar cinta kepadaNYA

2 tahun berlalu..
engkau
yang dahulunya tidak mengerti
erti ini
mula menyebarkan erti ini
kepada masyarakat..

lahirmu dari kelompok
yang tidak mengenal erti ini
mula ditentang oleh
mereka yang membesarkan
KAMU..
dek kerana fitnah dunia

APA kamu lakukan??

hati kecil mu
ego mu setinggi gunung..
mula memberontak
antara dakwah mu
dan restu mereka...

Tiba suatu ketika..
hidayah allah itu miliknya..
kepada  RABB mu bersujud
kepada RABB mu berdoa
titisan air mata sang lelaki
dibibir mata mu

EGOmu dulu setinggi gunung
antara hasutan syaitan
utk kamu meninggalkan dunia mu itu
tersentuh qalbumu
restu ibumu lebih tinggi nilainya..
tangislah seorang DAIE..
dipangkuan IBUMU..
teruskan kehidupanmu
sang penyampai
sampaikan,

tabligh lah diri mu untuk menerangi mereka
Kerarah JALAN HIDAYAH
demi mengenali erti fitrah sebenar...
dedicated to my brother..
tabhligh lah utk mereka
 sampaikan fitrah islami kepada mereka

 
 
nukilan: riihulwardah
3.42pm : 26/January/2012:

Tuesday, January 24, 2012

hang DAJJAL


" dia dajjal..."
" si fulan laknatullah "
" aku tengok muka dah tau dia anak haram....."
" hang masuk neraka"

bila mana diri kita melaknat orang2 tertentu
bila mana diri kita menDAJJAL kan orang2 tertentu
bila mana diri kita men ANAK HARAM kan orang2 tertentu
bila mana diri kita menNERAKA kan orang

sedarkah kita...
hidup kita di muka bumi ini atas rahmat ALLAH...
kalau tuhan x memberi rahmat, kasih sayang kepada "dia itu"
utk apa dia hidup d muka bumi kalau KITA mendajjal kan org, melaknat org, menganak haram kan org...

yang salah adalah perbuatan nya...JANGAN LAH sampai untuk men DAJJAL, LAKNATULLAH, ANAK HARAM kan orang
kita bukan setiausaha sulit ALLAH...yang tahu dia masuk syurga dia masuk neraka..

kita hanya tahu sifat itu, perkara itu kalau di buat masuk neraka...
cela lah sifat dia...
bukan mencela individu....

YAKIN kah kita akan mati dalam ISLAM,
YAKIN kah kita dia yg kita cela akan mati dalam KEKAFIRAN...

BELUM tentu..kita yang mencelA individu boleh mati dalam ISLAM nauzubillah min zalik...kalau nikmat itu ditarik...lihat lah ...bagaimana mereka yang mendapat tarbiyyah di bumi tahfiz, bumi maahad sekalipun ...sudah ada yang free hair, sudah ada yang berbaju ketat...lihat lah orang yang mendapat tarbiyyah sekalipun ditarik nimat itu...

BAGAIMANA..jika mereka yang KITA DAJJAL kan, yang kita LAKNAT kan, YANG di ANAK haram, yang di NERAKA kan...last minute di beri HIDAYAH ALLAH...bayang kan dosa kita men DAJJALkan orang itu...masyaALLAH...besar kan...dosa kita dengan ALLAH..minta ampun terus dr ALLAH..taubat..TAPI DOSA kita dengan manusia BAGAIMANA??????

WALLAHUALAM...



peringatan buat diri
JANGAN hanya dengan baru setahun jangun mengenal tarbiyyah...sudah pandai lidah tidak bertulang menDAJJAL kan org, melaknat org, meng ANAK HARAM kan org, meneraka kan ORANG...

yang rosaknya adalah SIFAT mereka...laknat lah sifat itu jangan melaknat manusia...

laknat lah sifat berzina jangan melaknat si penzina...berdoa lah untuk si penzina itu mendapat taufiq dan hidayah ALLAH...

laknat lah sifat mencuri., jangan melaknat pencuri tersebut..kita tidak tahu keadaan nya...entah2 dia seorang miskin yang tidak mendapat bantuan..doa lah si pencuri itu mendapat hidayah ALLAH...

nauzubillah min zalik...
dalam kita berdakwah...dakwah lah dengan berhikmah... ubat lah HATI mad`u untuk mengubati akhlak mereka...

Situasi di sebuah bus-stop tepi jalan. Hujan lebat. 4 orang di situ. Satu pasangan muda laki pompuan, dan 2 pemuda. Kelihatan si lelaki membuka payungnya lalu menggapai bahu si gadis, cuba untuk melintas jalan dalam hujan lebat...

Pemuda 1 bercakap-cakap dengan Pemuda 2 sambil memandang ke tempat lain.

Pemuda 1: Tak payahlah nak payung-payung..kan? Kalau dah couple haram tu, payung macam mana pun tak boleh lari dari dapat murka Allah. Cubalah sediakan payung pada azab Allah kalau boleh.

Pemuda 2: Ha'ah la. Yang haram ni la rasa lazat dan nikmat semua. Rasa bahagia dapat payungkan pasangan. Rasa romantik, rasa bertanggungjawab la kononnya. Si pasangan pula berbunga-bunga rasa dapat dipayungkan. "Fuh, bestnya dapat pakwe camni!"

Tanpa disedari, perbualan didengari jelas oleh si lelaki dan si gadis.

Lelaki: Bro, kalau couple haram dapat dosa, mengata "baling batu sembunyi tangan" ni sama juga dapat dosa. Lebih kurang mengumpat wlpn depan2. Adakah bro-bro rasa ni nasihat sinis yang terbaik utk dakwah orang? Kalau nak nasihat, apa kata bro datang kat saya; beri salam elok2, then sembang ringkas dua tiga patah, tanya saya siapa, duk mana..taaruf ukhuwwah fillah ringkas2. Jalinkan kemesraan dengan muka manis. Kemudian tanyalah saya siapa orang sebelah saya ni. Kalau couple saya, nasihati dan doakanlah saya. "Oh..awek ke..kahwin cepat-cepat tau. Allah.. kahwin ni antara pintu2 utama rezeki. Best gile ah kahwin ni. Bro doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kahwin cepat-cepat. Biar lancar segala urusan. Makin cepat makin bagus kalau ikut Islam. Makin bertangguh, makin banyak dugaannya." Susah ke? Barulah sesuai dengan 3 metode anjuran al-Quran:

Satu, "Bil Hikmah" (dengan hikmah)
Dua, "Bil Maui'zatul Hasanah" (dengan nasihat yang baik)
Tiga, "Wajadilhum billati hiya ahsan" (berbahas dengan cara yang baik)

Gadis: Actually, ni husband sy. Baru je kahwin bulan lepas. Kahwin muda. Saya 18, husband 25.

Lelaki: Maaf, kami minta diri dulu. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.

Pemuda 1 dan pemuda 2 terkesima pening-pening lalat kena sedas-dua tazkirah dalam hujan lebat.

Friday, January 20, 2012

Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit



Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...


Thursday, January 19, 2012

sudah takdir ia bukan milikku


~SELAMAT TINGGAL~
huwaa... sedih...kemarin selasa g mancing dapat ikan haruan besar-besar..tapi hari ni tengok baldi...ikan da xda...dia dah lompat..huwaa..huwaa..sedih x? ikan haruan ni kalau nak tau adalah sejenis ikan perubatan...kajian oleh USM mengatakan ikan haruan boleh dibuat untuk kecantikan, mempercepatkan luka sembuh, penawar klik sini ja senang USM . insyaALLAH ikan ini hanya alternatif, yang menyembuhkan adalah ALLAH.

pernah tak anda menghadapi situasi kehilangan sesuatu yang disayangi..dah pasti kan..lumrah kehidupan..setiap sesuatu dicipta bukan lah milik kita..tapi hanya pinjaman seketika untuk mengembirakan..andai kita lalai sebentar sudah semesti lah ia ditarik kembali..pada hakikatnya tiada MALIK( pemilik) selain ALLAH yanh hanya hanya majazi sahaja

Hakikatnya semua yang ada, terdapat pada diri kita jua adalah pinjaman seketika..tiba masa nanti pasti akan kembali kepada tuanya..dan setiap darinya memikul beban amanah untuk mentakbir diri  ini,untuk mengindahkan akhlak , untuk mengajak manusia /jiran tetangga/rakan sebaya kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan..

setiap dari kita ini di cipta bukan lah tujuan untuk melakukan kerosakan kepada muka bumu, melakukan kemaksiatan..tetapi ada tujuan tersendiri kenapa kita diciptakan ke BUMI..bukan untuk saja-saja diciptakan...

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu untuk beribadah kepadaku. 
surat azzariyat ayat 56

mudah saja kan...kita ini diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH.. ruang erti ibadah itu sangat lah luas.bukan sahaja termaktub kepada solat, puasa zakat..akan tetapi seluruh kehidupan kita jika dilakukan kerana ALLAH sudah mencakupi konteks ibadah...Belajar, Bersukan, Makan Minum, Berehat, Berkerja juga adalah ibadah.. insyaALLAH..mudah kan..

jadi segala yang ada di alam ini. ada pemilik nya..jika kehilangan akan sesuatu..usahlah dengan linangan air mata. kembali kita kepada pencipta..cuba untuk bermuhasabah..ada hikmah disebalik setiap sesuatu..

~ keep smile~ ;)

Wednesday, January 18, 2012

masihkah ada kasih sayang



sedih bila melihat video-video seorang manusia yang  mempunyai human sensitivity, yang mempunyai perasaan, yang mempunyai aqal memijak-mijak, menyesaksan , menendang,memukul haiwan- haiwan di jalanan..lebih menyedihkan bila mengetahui manusia itu adalah islam..seringkali melihat bagaimana orang islam sendiri membaling kayu terhadap anjing.mencaci dan menghina anjing...sedangkan anjing itu hanya lah lalu sahaja.ya mungkin human sense manusia untuk takut kepada anjing satu binatang yang ganas..sedangkan rasulullah sendiri menganjurkan kita umatnya untuk berbuat baik kepada binatang..

dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " Pada suatu hari ada seorang lelaki yang berjalan. Di pertengan jalan, ia kehausan.Ia menemukan sebuah sumur, maka ia pun turun ke dalamnya dan meminumnya. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ada seekor anjing yang menjilat-jilat tanah kerana kehausan, lantas orang itu berkata " anjing ini benar-benar kehausan sebagaimana diriku" Kemudian ia  turun lagi dan mengisi sepatunya dan naik ke atas, lalu ia memberinya minum. Allah memuji perbuatan orang itu kerana menolong anjing dan Allah mengampuni dosanya"
Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apakah menolong binatang juga memperoleh pahala?" Beliau menjawab, " menolong setiap makhlu hidup ia mendapat pahala"
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu hurairah..Siapa tidak kenal akan Abu Hurairah..seorang perawi hadis yang terkemuka.Kisah nya yang mashur tentang kucing, di kisahkan satu hari beliau bertemu dengan  rasulullah s.a.w, beliau ditanya baginda apa terdapat dalam lengan baju. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya, lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasulullah.Nama sebenar beliau Abd al-Rahman.Betapa kasih nya sahabat nabi kepada haiwan..

 Bukan lah  untuk disuruh umat islam membela anjing..tapi berkasih sayanglah kita terhadap haiwan-haiwan sebegini..walaupun diharamkan kita untuk memakan anjing..bukan bererti dihalal kan juga kita untuk mencaci, memaki haiwan ini..ia juga makhluk ciptaan ALLAH..Berkasih sayang dengan HAIWAN


tudung labuh v/s pashmina





tringat lagi masa zaman sekolah dulu..tringin sangat nak pakai tudung labuh..jealous sangat bila tengok kawan-kawan yang tinggal diasrama dilatih hidup bertudung labuh 24 jam, hidup dengan al-quran, tazkirah dari ustaz ustazah pagi petang, siang belajar malam berusrah...sesangat-sangat jealous dengan kekeawan yang hidup dalam bi`ah sebegini..

bila bertudung labuh terasa sangat nikmat dia..walaupun pelajar sekolah agama memang diwajibkan untuk bertudung labuh tapi..segala-gala nya bermula dari hati..andai memakai atas arahan peraturan..pasti tidak merasai kesannya..

penah juga mengajak beberapa orang untuk bertubung labuh..Ya..untuk menutup aurat tidak perlu untuk bertudung labuh..bertudung 4 segi bidang 45 sudah memadai andai menutup paras dada, pahmina & selendang jua kenipisan bukan alasan untuk menutup aurat.andai cara pemakaian yang betol mengikut syara` TIDAK MENAMPAK KAN LEHER & BENTUKNYA, MELEPASI PARAS DADA jua menutup aurat..

tapi bila dengan bertudung labuh andai dipakai bersama HATI terasa sangat-sangat menyelesakan, tenang, aman damai..Bukanlah menghalang utk bertudung selain tudung labuh..tapi ingin mengajak untuk merasai kedamaian dengan bertudung labuh...mungkin mereka diluar sana lahir dari keluarga agamawan tidak merasainya..suasana keluarga sudah berbia`ah solehah..tapi bagi insan yang lahir dari keluarga sekular ini adalah satu nikmat yang sangat berharga...

Tuesday, January 10, 2012

khalid al-walid ketika dipecat amirul mukminin

Marilah kita menelaah semula peristiwa pemecatan Khalid ibnu Al Walid R.A dari jabatannya sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Islam yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab R.A. Pemecatan tersebut adalah satu peristiwa sejarah yang sangat mengkagumkan, peristiwa yang menayangkan keunggulan peribadi pejuang fi sabili' Llah. Dalam perhitungan rakyat jelata, tentu sahaja pemecatan tersebut merupakan tindakan yang tidak bijaksana.

Bagi mereka yang tidak berada di lapangan pentadbiran, mereka melihat Khalid dengan sifat kepahlawanannya yang luar biasa itu merupakan orang yang paling tepat untuk jabatan panglima agung dan tidak ada sebab yang jelas mengapa ia harus dipecat. Tetapi Umar dengan ketajaman pandangannya dapat melihat apa yang orang lain tidak mampu melihatnya. Lalu beliau mengambil tindakan pemecatan tersebut dengan bertawakkal kepada Allah dan menuluskan niat untuk mencari keredhaanNya semata.

Siapa yang tidak kenal Sahabat Rasulullah S.A.W, Saidina Umar al Khattab R.A yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq R.A? Dan siapa pula yang tidak mengenal pakar strategis di medan perang, Khalid bin Al Walid? Kedua-duanya adalah tokoh pejuang di belakanag Baginda Nabi S.A.W.

Apabila arahan pemecatan dikeluarkan oleh Khalifah Umar Al Khattab, Khalid R.A yang digelar pedang Allah menerima berita pemecatan tersebut dengan hati yang lapang. Dengan penuh rela diserahkan jabatannya kepada pengganti yang baru ditauliahkan oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah. Khalid R.A sendiri barangkali tidak tahu dengan pasti mengapa pemecatan ini dilakukan, tetapi yang jelas ialah Khalid tidak meragui keikhlasan Umar Al Khattab dan menghormati kewibawaan pimpinannya.
Khalid meyakini bahawa pemecatan tersebut adalah untuk kebaikan seluruh umat, bukan kerana motif jahat, bukan motif menjatuhkan Islam, bukan motif kroni dan sebagainya, tetapi adalah bermotifkan keyakinan kepada perjuangan Nabi S.A.W. Kerana itu, Khalid dengan spontan patuh kepada perintah Umar dan tidak terlintas langsung sebarang tindakan penentangan, cakap-cakap mulut yang berterusan dan kerana itu ia tidak menghebohkan kepada orang ramai, khuatir ia akan menimbulkan reaksi yang kurang menyenangkan.

Nabi S.A.W pernah bersabda memuji Abu Ubaidah bin Al Jarrah, "Setiap umat memiliki orang kepercayaan. Dan orang kepercayaan umat ini ialah Abu Ubaidah bin Al Jarrah". Namun, pujian melangit Baginda S.A.W kepada Abdullah bi Al Jarrah tidak membuatkan Khalid berkecil hati. Jika kita merenung akal manusia yang cetek ini pasti terdetik dalam fikiran kita, "Apa lebihnya Abdullah bin Jarrah? Apa kurangnya Khalid bin Al Walid?". Namun, bukan soal kehebatan personal kedua-dua tokoh ini, tetapi sebaliknya adalah soal disiplin dan akhlak yang disemat sebaik-baiknya oleh kedua-dua tokoh para pejuang agama Allah ini.

Setelah diserahkan jabatannya kepada Abu Ubaidah, Khalid terus berkhidmat dengan setia di bawah pimpinan yang baru dan semangat perjuangannya itu kekal utuh sama seperti beliau menjadi pemimpin tentera. Komen spontan yang terbit dari tindakan Khalid menampakkan ketulusan hatinya, "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar". Inilah jiwa besar Khalid, bukannya menentang pimpinan setelah beliau dipecat, bukannya terbit perasaan tidak puas hati, bukannya membantah keputusan Umar.

Di pihak Abu Ubaidah pula, tidak pula beliau menampakkan kerakusannya terhadap jawatan, beliau akur agar perlantikannya dirahsiakan buat beberapa ketika. Sementara itu, pihak tentera dan umat Islam pula telah menerima perubahan tersebut dengan tenang, tidak ada yang membantah, yakin bahawa tindakan Umar adalah tindakan yang didasari tawakkal dan petunjuk Allah. Bukannya tindakan semberono, tindakan pengekor hawa nafsu dan peribadi, tindakan tanpa syura.

Seluruh tentera Islam merelakan pemecatan Khalid, sebagaimana Khalid merelakan dirinya dipecat dan mereka juga menerima perlantikan Abu Ubaidah sebagai Khalid menerimanya dengan ikhlas. Kewibawaan dan reputasi Abu Ubaidah tidak pernah dipertikaikan dan Khalid melihatnya sebagai alternatif yang berhak menggantikannya.

Demikianlah peristiwa besar, jiwa tarbiyah Khalid yang terus abadi dalam rakaman sejarah, menjadi lambang keunggulan umat yang ikhlas mengabdi dan berbakti hanya kepada Allah, hormat kepada pimpinan dan setia kepada pimpinan perjuangannya. Sesungguhnya bertuahlah umat yang sedia belajar dari sejarah ini, baik yang berkedudukan sebagai Umar, Khalid dan Abu Ubaidah radhiAllahu anhum ajma'ien. Betapa tingginya taqwa Para Sahabat, inilah hati-hati yang berada dalam satu saff yang dipuji oleh Allah Taala di dalam Al Quran :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh" - Surah As Saff:4, Al Quranul Karim

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab R.A? Bagaimana jika mereka dipecat seperti Khalid bin Al Al Walid R.A? Dan Bagaimana pula jika mereka mengundang jawatan seperti Abu Ubaidah bin Al Jarrah R.A? - Majalah TARBAWI Isu No:2

 copy/paste dari TARBAWI

Thursday, January 05, 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI.anda tetap idolaKU






alhamdulillah...first time mancing dalam masa 2 jam dapat  7 ekor ikan  haruan...amin ...rezeki kemarin ALLAH bagi mungkin petang ni g mancing dah tak dapat ikan.boleh buat ikan haruan kering..klu di pasaran sekilo@1kg mencecah berpuluh inggit...wallahualam...

siapa sangka kita akan dapat rezeki..walau kadang-kadang kita sendiri tak sanggka..minggu ni ada satu crita hot..tentang nur amalina che bakri. yang sudah berubah( org kata la)..Pelajar terbaik SPM satu ketika dulu..Yang menjadi IKON para pelajar..

normal lah..masyarakat bangsa Melayu..senantiasa akan mengembar gembur kan berita yang sensasi untuk menjadi bahan bualan mulut kejiranan kampung FB

TAPI sayang nya kita  dalam kita sibuk berkata tentang NUR AMALINA CHE BAKRI...yang dikatakan orang berubah menjadi SEKSI...kita terlupa kadang-kadang kita sendiri tidak melihat kepada diri sendiri..

CERMIN DIRI INI..

Kita terlupa sebenarnya dalam diam KITA jua turut sama SEKSI seperti BELIAU.Mungkin tajuk aurat Tajuk Pendidikan ISLAM darjah 5..sudah hampir sepuluh tahun kita lupa..3 golongan yang wajib seorang WANITA itu menutup AuRat nya..tapi kita sering lalai akan wujudnya 3 golongan ini sehinggakan DIRI ini alpa untuk menutup aurat. Alpa sehingga batas pergaulan sentuh-sentuh tidak di JAGA

3 golongan yang WAJIB seorang wanita menutup AURATnya
i- Ayah saudara sebelah emak atau jauh/ pak menakan
ii- Sepupu
ii- abag Ipar dan Adik Ipar lelaki...

adakah saya dan anda menjaga AURAT pabila berhadapan dengan mereka
Pernahkah anda bersalaman dengan mereka INI...

golongan yang tidak menjaga AURAT dengan 3 golongan ini jua boleh dikatakan SEKSI...

wahai golongan LELAKI...anda jua pasti tidak sedar akan SEKSI nya ada..APA yang anda pakai semasa di PADANG BOLA...seluar anda tidak kurang jua atas dari paras LUTUT..terdedah jua AURAT anda.Sempat ke nak cover!!! fikir n zikir sebelum berkata-kata tentan AMALINA..

AMALINA kau ADALAH IKON...


Tidak dinafikan apabila seorang yang menjadi IKON kepada orang lain apabila keluar berita sebegitu pastinya akan menjejas kan imeg dan sebagai peminat sudah tentu risau..ADAKAH SATU HARI NANTI AKU JUA AKAN MENJADI SEPERTINYA..
ambilah IBRAH disebalik apa yang BERLAKU..yang baik tentang AKADEMIK nya kita ambil, yang seksi tentang pakainya katakan " insyaALLAH, AKU nak berusaha seperti dia tapi aku semat kan AKHLAH dan ADAB islam dalam diriku..insyaALLAH"

kepada  adik-adik, rakan dan sahabat PELAJAR..KITA BOLEH jadikan AMALINA Ikon Akademik.TIRU saja  cara AMALINA belajar...tapi Jadikan kisah BELIAU sebagai satu garisan sempadan agar kita TIDAK mengikuti BUDAYA yang telah BELIAU corak kan..putuslah keputusan secara MATANG

buat ibu bapa..
mungkin kisah NUR AMALINA CHE BAKRI merisau kan anda. Takut-takut anak anda terjebak bersama..tapi INGAT anak-anak bagaikan kain PUTIH..siapa lagi yang nak mencorak nya kalau bukan IBU BAPA..didik lah anak-anak dengan didikan agama .. bukan hanya subjet Pendidikan ISlam sebagai HAFALAN...

mungkin ANDA boleh membeli BUKU ini untuk mendidik diri dan anak-anak..







 semoga ALLAH memelihara anak MALAYSIA yang melanjutkan PELAJARnya di LUAR NAGARA

insyaALLAH....

Wednesday, January 04, 2012

Orang-Orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikah-

 

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”.

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)


3. Orang – orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjamaah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada shaf – shaf terdepan”

(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang – orang yang menyambung shaf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf – shaf”

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.

(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang – orang yang melakukan solat subuh dan ‘ashar secara berjama’ah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “ Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang – orang yang berinfak.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’”

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat ( berdoa ) kepada orang – orang yang sedang makan sahur”

Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah "

(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu pagi hingga petang dan di waktu malam hingga subuh”

(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
 
 
copy/paste dr HALUAN ZON UTARA

Tuesday, January 03, 2012

abang dan adik



Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!

c&p

Sunday, January 01, 2012

1 AZAM 1 Malaysia

Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

copy/paste Dari Anjung Al-Syahid Imad Affat 


“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)