Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Friday, June 14, 2013

cari ketenangan di perjalanan hati

suatu ketika, seorang sahabat rasulullah SAW datang kepada Ibnu Mas`ud RA, meluahkan rasa kegelisahan dan keinginan untuk mendapatkan ketenteraman jiwa, " Wahai Ibnu Mas`ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tidak enak dan tidur tidak nyenyak"

Ibnu Mas`ud menjawab, " kalau penyakit itu menimpa, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, tempat orang membaca al-quran. Sama ada engkau membaca al-Quran atau mendengar orang lain membaca al-quran. Tempat Kedua, pergilah ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada ALLAH SWT. Lakukanlah di tengah malam buta. Di saat manusia tidur, bangunlah mengerjakan solat malam dan mohonlah kepada ALLAH SWT akan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandaimya hatimu belum terubat dengan cara ini, maka mintalah kepada ALLAH SWT akan hati yang baru hati kerana hati yang kamu pakai itu bukan bagi hatimu"

Mendengar nasihat tersebut, dia segera berwuduk, mengambil al-quran dan membaca dengan khusuk sehingga merasa tenteram, tenang dan bersemangat kembali.


“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)