Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, December 30, 2011

sedekah bukan hanya DUIT



dari abu Dzar RA, ia berkata bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " setiap ruas tulang kalian terdapat sedekah, setiap ucapan TAHMID ( alhamdulillah) , setiap ucapan "TAHLIL" ( laa ilaaha illallah) adalah sedekah, setiap ucapan TAKBIR ( allahu Akbar) adalah sedekah. menyeru keaikan adalah sedekah dan mencegah kemungkaran adalah sedekah.Dua rakaat yang dikerjakan seorang pada solat DHUHA telah mencukupi segalanya"
hadis riwayat MUSLIM
(hadis 118,kitab riyadhus solehin jilid 1 pustaka nasional)


seronokkan bersedekah...
mungkin kadang-kadang kita tidak mampu untuk mengeluarkan wang tunai utk membantu masyarakat sekeliling...
tapi dengan Zikir adalah sumber kukuatan jasad untuk membantu masyarakat sekeliling..
insyaALLAH

Tuesday, December 27, 2011

perempuan vs minyak wangi





“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

Monday, December 05, 2011

bila nak bertaubat

saya sangat suka dengar lagu ToMAT . Taubat MAKSIAT dr kumpulan WALI BAND indonesia..sangat menginsafkan.. TAPI saya lebih teruja bila terbaca hadis IMAM NAWAWI tentang taubat

 dari Abu HAmzah iaitu Anas bin Malik al-Anshati r.a..pelayan rasulullah s.a.w katanya Rasulullah pernah bersabda " nescaya ALLAH itu lebih gembira dengan taubat hambanya daripada gembiranya seorag dari engkau semua yang telah jatuh atas unta dan oleh ALLAH ia tersesat di suatu tanah yang luas" Muttafaq Alaih- di ambil dr kitab riyadhus solehin (jilid 1/no 15)

Anas bin Malik merupakan khadam kepada Rasul berkhidmat dengan baginda hampir 10 tahun merupakan orang ansar

hadis di atas menceritakan ALLAH gembira/suka akan hambanya yang bertaubat.CUBA KITA BAYANG KAN.. kita mempunya seekor unta dan sedikit makanan...dan berada di padang pasir yang luas..secara tiba-tiba..unta yang di miliki hilang.. kita terus dan terus mencari unta tersebut sehinggalah berputus asa.

kemudian terlihat sepohon pokok. dan kita menuju ke pohon tersebut lalu tertidur di situ..Bangun sahaja dari tidur terus melihat kenderaan yang dimiliki berada di sisi..Betapa gebiranya kita..TAPI lebih gembira ALLAH terhadapat hambanya yg berTAUBAT melebihi hambanya yg dikisahkan dalam kisah di atas..

Sunday, November 13, 2011

10 golongan yang dilaknat berkaitan hal arak..




Hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Sunday, October 16, 2011

11 GOLOGAN AHLI NERAKA


11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

Wednesday, October 12, 2011

7 golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH






Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

ringkasan
1- pemerintah, imam, penguasa,pemimpin yang adil
2- pemuda yang sentiasa beribadat kerana ALLAH
3- lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4- dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH dan berpisah jua kerana ALLAH
5- seorang yang berkata  "aku takut kepada ALLAH" apabila diajak oleh wanita rupawan utk berzina
6- seorang yang bersedekah sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang diberi tangan kanan
7- seseorang yang berada di tempat sunyi kemudian mengalir air mata kerana  mengingati ALLAH


Tuesday, October 11, 2011

2 mata yang tidak akan di sentuh api neraka




 
 قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ".

Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi)
 
“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)