musim belajar dah hampir nak mula 2 minggu lagi...5 march ni dah mula sesi akademik...
jadi nak kongsikan sikit tips-tips menuntut ILMU...YANG PENTING NYA NIAT IKHLAS KERANA
ALLAH
ANTARA ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU:
1. Berwudhuk.
2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa
kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan
menyampaikan)- solat hajat
3. Pakaian bersih dan menutup aurat.
4. Memakai wangi-wangian.
5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai
sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.
6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu
yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan
mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala
mereka.
7. Anggaplah firman2 Allah dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama
kita mendengarkannya.
8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya
Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat
r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-
rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan
bahu mereka.
9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu
dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada
posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah
yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan
mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)
10. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda.
(Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)
11. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan
sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
12. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau
tak boleh, cuba latih diri)
13. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila
datang lewat)
14. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)
15. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)
16. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)
17. Off atau silent kan telefon bimbit.
APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3
PERKARA:
1. Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
2. Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
3. Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.

diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasul Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di sebuah rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat, dan mereka akan disebut-sebut Allah dihadapan orang-orang yang ada di sisi-Nya (para malaikat), dan barang siapa amalnya kurang, tidak dapat ditambah oleh nasabnya. (Diriwayatkan oleh Muslim No. 2699).
ANTARA ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU:
1. Berwudhuk.
2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa
kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan
menyampaikan)- solat hajat
3. Pakaian bersih dan menutup aurat.
4. Memakai wangi-wangian.
5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai
sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.
6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu
yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan
mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala
mereka.
7. Anggaplah firman2 Allah dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama
kita mendengarkannya.
8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya
Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat
r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-
rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan
bahu mereka.
9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu
dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada
posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah
yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan
mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)
10. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda.
(Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)
11. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan
sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
12. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau
tak boleh, cuba latih diri)
13. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila
datang lewat)
14. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)
15. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)
16. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)
17. Off atau silent kan telefon bimbit.
APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3
PERKARA:
1. Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
2. Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
3. Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.
No comments:
Post a Comment