sedih bila melihat video-video seorang manusia yang mempunyai human sensitivity, yang mempunyai perasaan, yang mempunyai aqal memijak-mijak, menyesaksan , menendang,memukul haiwan- haiwan di jalanan..lebih menyedihkan bila mengetahui manusia itu adalah islam..seringkali melihat bagaimana orang islam sendiri membaling kayu terhadap anjing.mencaci dan menghina anjing...sedangkan anjing itu hanya lah lalu sahaja.ya mungkin human sense manusia untuk takut kepada anjing satu binatang yang ganas..sedangkan rasulullah sendiri menganjurkan kita umatnya untuk berbuat baik kepada binatang..
dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " Pada suatu hari ada seorang lelaki yang berjalan. Di pertengan jalan, ia kehausan.Ia menemukan sebuah sumur, maka ia pun turun ke dalamnya dan meminumnya. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ada seekor anjing yang menjilat-jilat tanah kerana kehausan, lantas orang itu berkata " anjing ini benar-benar kehausan sebagaimana diriku" Kemudian ia turun lagi dan mengisi sepatunya dan naik ke atas, lalu ia memberinya minum. Allah memuji perbuatan orang itu kerana menolong anjing dan Allah mengampuni dosanya"
Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apakah menolong binatang juga memperoleh pahala?" Beliau menjawab, " menolong setiap makhlu hidup ia mendapat pahala"
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Abu hurairah..Siapa tidak kenal akan Abu Hurairah..seorang perawi hadis yang terkemuka.Kisah nya yang mashur tentang kucing, di kisahkan satu hari beliau bertemu dengan rasulullah s.a.w, beliau ditanya baginda apa terdapat dalam lengan baju. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya, lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasulullah.Nama sebenar beliau Abd al-Rahman.Betapa kasih nya sahabat nabi kepada haiwan..
Bukan lah untuk disuruh umat islam membela anjing..tapi berkasih sayanglah kita terhadap haiwan-haiwan sebegini..walaupun diharamkan kita untuk memakan anjing..bukan bererti dihalal kan juga kita untuk mencaci, memaki haiwan ini..ia juga makhluk ciptaan ALLAH..Berkasih sayang dengan HAIWAN
No comments:
Post a Comment