~SELAMAT TINGGAL~
huwaa... sedih...kemarin selasa g mancing dapat ikan haruan besar-besar..tapi hari ni tengok baldi...ikan da xda...dia dah lompat..huwaa..huwaa..sedih x? ikan haruan ni kalau nak tau adalah sejenis ikan perubatan...kajian oleh USM mengatakan ikan haruan boleh dibuat untuk kecantikan, mempercepatkan luka sembuh, penawar klik sini ja senang USM . insyaALLAH ikan ini hanya alternatif, yang menyembuhkan adalah ALLAH.pernah tak anda menghadapi situasi kehilangan sesuatu yang disayangi..dah pasti kan..lumrah kehidupan..setiap sesuatu dicipta bukan lah milik kita..tapi hanya pinjaman seketika untuk mengembirakan..andai kita lalai sebentar sudah semesti lah ia ditarik kembali..pada hakikatnya tiada MALIK( pemilik) selain ALLAH yanh hanya hanya majazi sahaja
Hakikatnya semua yang ada, terdapat pada diri kita jua adalah pinjaman seketika..tiba masa nanti pasti akan kembali kepada tuanya..dan setiap darinya memikul beban amanah untuk mentakbir diri ini,untuk mengindahkan akhlak , untuk mengajak manusia /jiran tetangga/rakan sebaya kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan..
setiap dari kita ini di cipta bukan lah tujuan untuk melakukan kerosakan kepada muka bumu, melakukan kemaksiatan..tetapi ada tujuan tersendiri kenapa kita diciptakan ke BUMI..bukan untuk saja-saja diciptakan...
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu untuk beribadah kepadaku.
surat azzariyat ayat 56
mudah saja kan...kita ini diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH.. ruang erti ibadah itu sangat lah luas.bukan sahaja termaktub kepada solat, puasa zakat..akan tetapi seluruh kehidupan kita jika dilakukan kerana ALLAH sudah mencakupi konteks ibadah...Belajar, Bersukan, Makan Minum, Berehat, Berkerja juga adalah ibadah.. insyaALLAH..mudah kan..
jadi segala yang ada di alam ini. ada pemilik nya..jika kehilangan akan sesuatu..usahlah dengan linangan air mata. kembali kita kepada pencipta..cuba untuk bermuhasabah..ada hikmah disebalik setiap sesuatu..
~ keep smile~ ;)
jadi segala yang ada di alam ini. ada pemilik nya..jika kehilangan akan sesuatu..usahlah dengan linangan air mata. kembali kita kepada pencipta..cuba untuk bermuhasabah..ada hikmah disebalik setiap sesuatu..
~ keep smile~ ;)
No comments:
Post a Comment