Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Wednesday, March 13, 2013

saat rindu berpaut




nak rasa manis nya gula..perlu rasa dulu gula tersebutz
nak rasa masin nya garam.. perlu rasa garam tersebut...

perkara yang susah untuk di terangkan adalah rasa..
tiada siapa boleh terangkan rasa manis, masin, pahit
dengan bicara.. melainkan merasainya dengan tindakan


begitu jua ukhwah..
nak rasa manis nya ukhwah..
perlu rasa bergaduh, berperang,berkasih -sayang dulu..
barulah kemanisan ukhwah itu terbina..

ukhwah tidak selamanya..
baik..
tapi adakalanya perlu juga di corakkan jua dengan kanvas-kanvas pergaduhan
baru terasa untuk menghargainya...

nikmatnya UKHWAH
bila bertemu dan berpisah kerana ALLAH
bila semuannya berada dalam dakapan kasih sayang ALLAH...

betapa selesanya kita bila berada dalam dakapan manusia..
lagi selesa bilamana kita merasai setiap ukhwah yang terbina
berada dalam dakapan ALLAH...

bila ALLAH hadirkan rindu
di saat berjauhan
sangat manis di rasa E
bilamana hati-hati bertemu
kerna setiap tautan demi redhomu....

:)

Monday, February 25, 2013

kenangan~~


kerna nya



siapa antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan. Hari demi hari,masa demi masa, setiap detik, kita tidak akan mampu untuk berlari dari melakukan kesalahan. Sama ada sedar mahupun tidak sedar. Sama ada rasa bersalah atau pun tak rasa apa-apa.
Adakah terciptanya manusia untuk melakukan kesalahan? tidak.. ada tujuan nya Allah cipta manusia. Yang di beri kecerdikan aqal untuk manusia itu sendiri berfikir dan berlawan dengan musuhnya sendiri.

Kesalahan demi kesalahan, jika tidak di ambil ibrah, tidak di cari puncanya, tidak dikaji hikmah nya..Pasti berulang..itulah aqal yang dikurniakan. Untuk mencari hikmah. Untuk menghasilkan individu yang belajar bukan saja dalam PnP malahan dalam kehidupan harian..

ibarat nya diri kita  umpama sedahan pokok.untuk menghasilkan buah yang baik, dahan terpaksa di cantas, di cantas dan di cantas. maka terhasillah buah yang manis dan berkualiti serta sedap...

Yes, kesalahan di lakukan untuk menghasilkan diri yang berkualiti. Matang!



Rahsia ketenagan Qalb



Jika kamu meletakkn hatimu di akhirat pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redanya..tapi jika kamu letakan jiwamu hanya pada dunia maka kamu akan merasai pahit naungnya hati yg tak berkesudahan..






اللَّهُمَّ باَعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ 

كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

ALLAHUMMA BAA’ID BAINII WA BAINA KHATHAAYAAYA KAMAA BAA’ADTA BAINAL MASYRIQI WAL MAGHRIB. ALLAHUMMA NAQQINII MINAL KHATHAAYAA KAMAA YUNAQQATS TSAUBUL ABYADHU MINAD DANAS. ALLAHUMMAGHSIL KHATHAAYAAYA BILMAA’I WATSTSALJI WAL BARAD

“Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana dibersihkannya kain yang putih dari noda. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, hujan es, dan air dingin.” (HR. Al-Bukhari no. 744 dan Muslim no. 1353, dari Abu Hurairah z)

Saturday, February 23, 2013

dalam dakapanNYA

sakit hati, bagai di cucuk
perit hati..panas ulu hati..
melihat hati kambing di bakar..
begitu jua hati manusia terbakar...
sedap, wangi di mamah api...

susah nak dapat merasai manisnya cinta ILAHI
susah pedih rasanya untuk merasai kemanisan itu
tak seperti insan lain..
gembira, sukaria,
SUKAR

tebal nya HATI ini
BATUKAH????
BESI???

kenapa keras sangat

ALLAHuRABBI
masih banyak titik hitam di QALb
bagai cendawan tumbuh lepas hujan

QALB yang masih penuh dengan sifat mazmumah
EGO yang masih meninggi

dalam dakapanNYA..
manisnya berada dalam dakapan kasih sayang illahi
hanya QALB yang benar-benar ikhlas merasainya



~~mampukah aku untuk terus ikhlaskan diri~~

Thursday, February 21, 2013

hanya sepohon getah


secoklat batang pohon getah
kadang-kadang kulitnya terpaksa dikorban
untuk menghasilkan susu getah berkualiti

hebat pengorbanan sang kulit getah
biarpun diri sangat penting untuk sepohon getah
kadang-kadang terpaksa
di toreh ( diukir ) sedikit
untuk memberi manfaat kepada sang manusia Yang Rakus


Untuk melihat islam tertegak
hidup perlukan pengorbanan
Korban kan diri
korbankan kepentingan diri
demi melihat dakwah islam berkembang

~~ hidup penuh dengan TARBIYYAH ~~
“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)