Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Monday, February 27, 2012

sabar itu indah tapi susah







pernah tak diri ini bersabar apa bila menghadapi situasi genting..Susah kan..

apabila kematian orang tersayang..mulut kata sabar, tapi hati susahkan untuk bersabar

apabila assingment yang perlu dihantar esok, ter"hilang" dari folder, apa yang berlaku..menangis tak berlagu..kesah menanti esok untuk berhadapan dengan lecture..mula lah bermain di minda ayat-ayat cinta untukmu lecture..Tapi Masihkan kita berada dalam keadaan sabar..
Susah kan..

apabila tersesat jalan...gelabah bukan main..tapi andai situasi di "control" oleh kesabaran..InsyaALlAh sesuatu yang sulit itu pastio dapat dirungkaikan..indahkan apabila sabar mewarnai kekusutan.. 


" wahai orang yang beriman, bersabar lah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, supaya kamu berjaya"  surah ali-imran ayat 200

tidak di nafikan sabar itu suatu yang susah..firman allah  kepada umatnya yang beriman, BERABARlah...malahan diulang sekali lagi agar KUATKANLAH BERSABAR, menunjukkan bersabar itu bukanlah satu proses yang mudah..susah  kan...

Susah tak untuk solat subuh, solat asar...susah kan...lihat saja di luar sana... bertapa ramai anak remaja yang susah untuk menunaikan solat..Bagai mana seorang ayah hendak mendidik anak-anaknya untuk solat..SUSAHkan..bagaimana seorang perkerja yang sedang kusyuk berkerja untuk berhenti solat seketika SUsAHkan..untuk dirikan solat..hanya mereka yang sabar...sedikit demi sedikit mendidik hati untuk dekat dengan solat...mampu untuk mendirikan solat...



"Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba- hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". surah az-zumur ayat 10


pelbagai ujian yang kita hadapi..kita diuji dengan kemusnahan harta benda, kehilangan ahli keluarga, fitnah orang ketiga, diuji dengan anak pinak pasangan, ketakutan , kelaparan..Namun ini semua untuk menguju sejauh mana kecintaan kita terhadapnya...Sama ada kita hendak menyalahkan takdir atau redho disebalik musibah serta mengbil iikhtibar darinya..

4 PERINGKAT SABAR

1- apabila ditimpa musibah, tidak dapat menerima musibah itu dan menyalahkan takdir
2- bersabar apabila menerima musibah
3- Redho apabila menerima musibah
4- Bersyukur apabila menerima musibah

mana satu kah keadaan kita?
wallahualam


Tuesday, February 21, 2012

map to phamaceutical chemictry (MTPC)


okeh this is my treasure trove map to phamaceutical chemistry. 2015...

"akademik sekencang dakwah"
?????

phamaceutical chemistry???
organic chemistry?
organic phamaceutical chemictry??..

HOW???

coming soon

Saturday, February 18, 2012

failure approach success


Many of LiFE's failures 
are people who did not realize 
how close they were to success 
when
 They gavE up.

Friday, February 17, 2012

adab menuntut ilmu

musim belajar dah hampir nak mula 2 minggu lagi...5 march ni dah mula sesi akademik... 


jadi nak kongsikan sikit tips-tips menuntut ILMU...YANG PENTING NYA NIAT IKHLAS KERANA 


ALLAH



diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasul Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di sebuah rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat, dan mereka akan disebut-sebut Allah dihadapan orang-orang yang ada di sisi-Nya (para malaikat), dan barang siapa amalnya kurang, tidak dapat ditambah oleh nasabnya. (Diriwayatkan oleh Muslim No. 2699).





ANTARA ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU:




1. Berwudhuk.


2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa 


kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan 


menyampaikan)- solat hajat


3. Pakaian bersih dan menutup aurat.


4. Memakai wangi-wangian.


5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai 


sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.


6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu 


yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan 


mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala 


mereka.


7. Anggaplah firman2 Allah dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama 


kita mendengarkannya.


8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya


Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat 


r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-


rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan 


bahu mereka.


9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu 


dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada 


posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah 


yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan 


mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)




10. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. 


(Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)




11. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan 


sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.


12. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau 


tak boleh, cuba latih diri)


13. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila 


datang lewat)




14. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)


15. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)


16. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)


17. Off atau silent kan telefon bimbit.


APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3 


PERKARA:




1. Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.




2. Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.




3. Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.



Larangan Meniup Makanan dan Minuman dan Bahayanya.

Larangan Meniup Makanan dan Minuman dan Bahayanya. 














Rasulullah bersabda:


Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu anhu dia berkata:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ النَّفْخِ فِي الشُّرْبِ فَقَالَ رَجُلٌ الْقَذَاةُ أَرَاهَا فِي الْإِنَاءِ قَالَ أَهْرِقْهَا قَالَ فَإِنِّي لَا أَرْوَى مِنْ نَفَسٍ وَاحِدٍ قَالَ فَأَبِنْ الْقَدَحَ إِذَنْ عَنْ فِيكَ


“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk meniup ke dalam minuman. Kemudian seorang laki-laki berkata, 


“Lalu bagaimana bila aku melihat kotoran di dalam bejana?” Beliau bersabda: “Kalau begitu, tumpahkanlah.” Dia berkata lagi, “Sungguh, aku tidaklah puas dengan sekali tarikan nafas.” Beliau bersabda: “Kalau begitu, jauhkanlah bejana (tempat untuk minum) dari mulutmu.” (HR. At-Tirmizi no. 1887 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam 6912)


Begitu bernafas di wadah minum. Kebanyakan kita karena tergesa-gesa atau apa kita minum langsung sekali pake, sekali langsung gitu. Bahkan kita bernafas pada cangkir atau gelas tersebut, Rasulullah udah ngelarang kita bernafas di dalam bejana waktu minum.


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الْإِنَاءِ


“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang menghembuskan nafas di dalam bejana (ketika minum).” (HR. Muslim no. 227)

Sunday, February 12, 2012

petua orang tua:rawatan sembelit

okehh....satu petua untuksesiapa yang mengalami sembelit..
ni petua orang tua

bahan-bahan
1- Serbuk Kopi
2- Gula
3- Majerin ( nak sedap dan wangi guna majerin sri pelangi keluaran FELDA)

Cara-Cara
1- Panas kan air
2- Bancuh kopi macam biasa anda minum . Kacau
3-  Pastikan air kopi masih panas. kemudian masukkan satu camca majerin
4-  Kacau biar sebati.kemudian minum

pengurusan kewangan berkesan

Biasalah alam PELAJAR Universiti, awal-awal semester memang duit penuh poket..Mula lah tangan gatal belanja sana, belanja sini. Awal Semester katakan..bagi pelajar tajaan JPA mungkin tiada masalah, akan tetapi bagi pelajar Tajaan Pinjaman PTPTN pasti akan mengalami situasi sebegini. Hendak tidak Hendak, pasti tidakboleh lari, Situasiini adalah WAJIB bagi anda

Jadi di sini, nak kongsikan 7 tips pengurusan kewangan di ambil dari laman I LUV ISLAM





Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.


1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, February 11, 2012

Dakwah METHOD SANDWISH


‎"SALAM nk tnya nie.....
mcm na yew klau kita yew kita nk elakkan mksiat brlaku di dpan maea kta dan kta xnk trikot2 dgn prangai rkan2 yg mlakukan mksiat"
jawapan

LIHAT SIRAH
jahilliyah-wahyu turun-dakwah baginda
kalau perhatikan sirah..sewaktu baginda mendapat risalah penyebarkan islam..baginda tidak mencantas amalan jahiliyah secara terus..berhala-berhala tidak di robohkan terus..tetapi baginda mencuci dalam mereka..
sedikit demi sedikit..


Tidak dinafikan, semasa baginda berdakwah... Pelbagai mehnah dan Tribulasi yang baginda hadapi.Dibaling

NAJIS, BATU..malahan bukan sahaja baginda, PARA SAHABAT jua turut dikenakan Pelbagai Ujian
Bilal bin RABAH dengan dijemur di tengah panas, Dihempab dengan batu.
Sumaiyah- Di sula sehingga syahid
NABI IBRAHIm, Di Rebus hidup-hidup dalam air..dan ramai lagi

Tapi mereka semua walaupun di seksa..masih lagi bertahan untuk mempertahankan aQidah mereka

NASIHAT dan TEGURAN

berdakwah dengan berhikmah,bukan beerti dengan cara menegur dulu atau nasihat dulu..dari sudut physcology sendiri , pasti diri yg ditegur akan memberontak.. dan mendatangkan kebencian
dan akhirnya mengasingkan diri

CUBA PULAK DENGAN CARA


mendekati hati mereka.rapatkan dahulu UKHWAH dengan mereka..BINA UKHWAH atas dasar

AKU BERKAWAN/SAYANG ENGKAU kerana ALLAH..
mudah saja..
IKHLASkan NIAT semasa
besahabat,menegur,berdakwah
LILLAHITAA`LA

bila hati-hati terpaut kerana ALLAH..mudah utk kawan menerima kita..
segala nasihat terserap hingga ke HATI
kerna persahabat/ukhwah/tergeruan/nasihat
yg kita beri hanya kerana kita sayang dia kerana ALLAH..

UTK menyaYANGi mereka kerana ALLAH
tidak perlu terhad kepada sahabat yg rapat
sahabat se"batch", sahabat se persatuan,
tapi mungkin roomate, classmate
mungkin mereka yg tidak penah mengenali ISLAM satu cara hidup
sekeliling kita semua nya perlu sayangi kerana ALLAH..

SUSAHkan andai sang DAIE itu berEGO tinggi...

KALAU UKHWAH KITA DENGAN ORG YG TELAH DI TEGUR RENGGANG
JATUHKAN ego..pergi MINTA maaf
di sini akan lahir ketulusan..

berdakwah itu PERLU berHIKMAH..
perlu kena pada caranya...|
LAIN org LAIN cara
NAK dakwah PERLU kreatif :)

IKAT DIRI DENGAN WUDHUK DAN ZIKRULLAH

-amal kan diri sentiasa berada dalam keada berZIKIR mengingati ALLAH
bila KITA tahu diri tidak kuat UNTUK erdepan dengan MAKSIAT , cepat TERGODA...
HANYA satu

DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN TENANG

cuba berlawan NAFSU dengan ZIKRULLAH...

- dan sebaiknya BIARlah diri berada dalam BERWUDHU`

DAKWAH METHOD SANDWISH




 
kalau nak tegur -mesti dengan cara berhikmah..PERLI bukan salah satu CARA..cuba try METHOD SANDWISH



ROTI - INTI [ telur, cili, garam,gula, mayonis]- ROTI
PUJI- tegur [ ada garam,gula,mayonis, cili] - Pujikembali..seeloknya kaintan dengan sirah, amalan2 baik

JAGA UKHWAH
 
dah tegur ( make sure kita menjada kembali UKHWAH-NAK JAGA..mesti semasa tegur NIAT kerana ALLAH-IKHLAS..
bukan kerana aku budak AGAMA, aku BUDAK songkok,kopiah, tudung labuh, bukan kerna aku selalu solat jemaah di PI/Masjid/Surau
































Friday, February 03, 2012

hidup rama-rama itu menakutkan




Lirik Lagu Rama-Rama-Lagu Kanak-Kanak
Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah

Rama-Rama Terbang Merata
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama

Begitulah Hidup Manusia
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia
Tapi Sayang Hidup Tak Lama



INI kisah RAMA-rama..dari ULAT jadi kepompong POM POM!! .kitaran hidup rama-rama yang dilakar di atas kertas sungguh indah..
dari
Rama-rama
      telur
            Beluncas
                    Pupa
                         rama-rama dewasa ..

beginilah dia kitaran hidup rama-rama..sesungguhnya saya sangat takut untuk menjadi rama-rama..belum sempat beluncas hendak menjadi pupa yang begitu cantik..sudah di ambil sang manusia..

hidup ini sungguh menakutkan..saban hari ada saja perkara yang menakutkan..ergggg..

sangat menakutkan bila dapat tahu
BAKAL tercampak ke dunia yang baru..
malahan tidak di sediakan penginapan . "sila urus sendiri"
masyaALLAH....


insyaALLAH ....ikhlaskan niat...

Wednesday, February 01, 2012

konvensyen bidadari dunia


KLIK untuk TUMBESARAN rajah


19 bidadari dunia berkumpul
menghasilkan satu sentuhan yang cukup istimewa



Tentatif sepanjang Konvensyen Bidadari Dunia 2012;
Hari Pertama (1) - 24 Mac 2012
Tarikh & MasaPerkara
08:00+ Sesi Pendaftaran dan Perserta mengambil tempat
09:00 - 10:00+ Ucapan Aluan Penganjur & Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
10:15 - 11:30+ Slot pertama - (1) Soalnya Hati
Prof. Dr. Muhaya Mohomad
11:30 - 12:45+ Slot kedua - (2) Cahaya Kelembutan Iman
Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
13:00 - 14:00+ Makan Tengahari Dan Solat Zohor
14:00 - 15:30+ Slot ketiga - (3) Wanita Vs Kerjaya
Dr. Nikki Syuhada Shukor
15:30 - 16:45+ Slot keempat - (4) Kesucian Mawar Putih
Rosmawati Zainal (ummi ross)
16:45 - 17:15+ Solat Asar
17:15 - 18:30+ Slot kelima - (5) Wanita Berkarisma
Datin Zaliha Omar
19:00 - 20:00+ Solat Maghrib
20:00 - 22:00+ Forum Fesyen - Yes Or No?
  • Wardina safiyyah
  • Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross
  • Amie sofie
  • Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
Hari Kedua(2) - 25 Mac 2012
Tarikh & MasaPerkara
09:00 - 10:15+ Slot keenam - (6) Bidadari Impian
Fatimah Syarha
11:00 - 12:15+ Slot ketujuh - (7) Ibu Luar Biasa
Puan Jamilah Samian
13:00 - 14:00+ Solat Zohor Dan Makan Tengahari
14:15 - 15:00+ Slot kelapan - (8) Wanita Penyejuk Jiwa
Dato' Siti Nor Bahiyah
15:15 - 16:15+ Slot kesembilan - (9) Solehah Itu Indah
Dr Rubiah Kolup
16:15 - 17:45+ Solat Asar
18:00 - 19:15+ Slot kesepuluh - (10) Wanita Dan Dakwah
Dr Harlina Halizah Siraj
19:15 - 20:00+ Solat Maghrib
20:00 - 22:00+ Forum (Titian Syurga)
  • Wan Norafizah Binti Ariffin (Nora J)
  • Irma Hasmie
  • Firus Akhtar Mohamad Bokhari
  • Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
  • Dato Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL)






untuk keterangan lanjut sila layari BIDADARI DUNIA.COM




“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)