Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Sunday, June 01, 2014

terkedu

ones upon a tmye

adik cute : " kak, cuti sem ni sy nak abis kan Quran.."l
kakal comel: " aik dik, jangan pederas semua... t x istiqamah"
adik cute :" x la kak, ada target untuk ramdahan t "
kakak come:  daalam ati ' malu nya aku, adik usrah pon ada planning untutk ramadhan " hehehe"

malu, malu juga ..
tu la usrah sahabat sekalian...
saling ingat memperingati..
tidak semestinya , nuqaba itu sentiasa betol..

Adab- Adab Usrah
  1. Ikhlas setiap kali datang usrah. datang ke majlis ilmu untuk mencari dan mengharapkan keredhaan ALLAH SWT
  2. Hadir ke majlis ilmu pada waktu yang di tetapkan atau yang telah dijanjikan
  3. Datang ke usrah dalam keadaan berwudhuk
  4. Datang ke Usrah dengan membawa atau menyediakan keperluan-keperluan yang lazim bagi majlis ilmu
  5. hendaklah datang ke majlis ilmu dengan persediaan yang diamanahkan setelah diri menyanggupi amanah tersebut
  6. Hendaklah datang ke majlis dengan hasrat meningkatkan ukhwah dan ikatan kasih sayng kerana ALLAH
  7. Hendaklah datang ke majlis dengan keazaman untuk menambah ilmu, mendekatkan diri kepada ALLAH ( bertaqarrub)
  8. Maklum awal kepada Nuqaba untuk ketidakhadiran ke Usrah jika uzul syar`i
  9. Memberi salam dan meminta izin seebelum memasuki rumah anggota atau tempat usrah
  10. Duduk dalam majlis ilmu dengan bersopan-santun
  11. Memulakan majlis dengan Al-Fatihah
  12. hendaklah mendengar dengan teliti dan tenang sambil cuma memahami, mencatat dan mengingatinya dengan tepat
  13. Jangan menggangu majlis yang sedang berjalan
  14. Hendaklah bertanya jika tidak jelas atau tidak faham
  15. Jangan meninggi suara sehingga melebihi keperluan para pendengar
  16. berikan maklumat-maklumat secara tepat daan memadai apabila diminta berbuat demikian serta tidak meleret-leret kerana menghargai masa
  17. Jangan anda bergurau senda dan ketawa berlebihan kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam segala perkara
  18. Memohon izin dari nuqaba untuk keluar majlis atas dasar keperluan
  19. Memelihara majlis dari terjadi sebarang bentuk berbantah-bantah
  20. Mengakhiri dengan tasbih kafarrah dan al-asr
  21. Bersalaman dengan sahabat serta berma`afan sebelum bersurai
  22. bersegera pulang ke rumah jika tiada urusan selepas majlis
  23. Ingat isi usrah

No comments:

“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)