Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Friday, December 14, 2012

bulatan gembira

ALLAHU RABBI...

rindu nya....
bebanan demi bebanan setiap hari
tangungjawab demi tanggungjawab setiap minggu

masa terlalu padat
RINDU sesangat Bulatan Gembira dengan adik-adik usrah
Maafkan diri
dah 2 minggu tak buat bulatan gembira..

teruknya AKU...
tanggungjawab kecik yang diamanahkan ni pun x mampu untuk dilaksanankan...

maaf kan diri ku adik-adik...



gedebuk!!!

keluh, kesah
risau, rimas
berat nyaa hati...


alunan ombak hati dengan zikrullah


alllahuakbar...
beratnya ujian yang engkau beri...
mampukah aku menghadapinya...
KENAPA?
KENAPA?
KENAPA?

berat nya...
taklifan yang engkau beri...
mampukah aku menghadapi Ujian ini...
mampukah aku menanggung tanggungjawab  ini...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"  sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 

Biarpun hanya satu taklifan yang sipi-sipi...
tapi memandangkan diri ini perlu banyak perlu di baiki
MAMPUKAH AKU??
AKU tidak lah sebaik mungkin untuk menanggung tanggajawab ini?

MENGAPA harus aku di UJI Sebegini? mereka lebih layak? mereka lebih baik dariku?
mereka lebih berkemampuan dariku? mereka lebih mengetahhui dari KU?

ALLAH YA KARIM....

Aku lemah, hanya lah insan biasa.. aku tak mampu untuk menanggung tanggungjawab ini..Aku bukan sekuat  ababil yang menyelamatkan Kaabah..

MUHASABAH seketika...
ya diri ini perlukan ruang untuk bermuhasabah... perlukan sahabat untuk memberi teguran...perlukan sahabat untuk membantu membaiki diri...perlukan mereka sebagai penguat...YA ALLAH kuatkanlah UKHWAH antara KAMI..KUATlah kami untuk menghadapi ujian dari mu...

MUHASABAH itu perlu...
Kadang-kadang dalam kesibukan akademi, kesibukan berpersatuan...
diri ini lupa...Semua nya perlu untuk berbalik kepada mU ya rabb.. Kebergantungan  hidup kepada mu sangat di perlukan...ALLAhu AKBAR..
HINA nya diri.. 
SOMBONG nya DIRI
ANGKUH nya diri 
untuk meminta kepada mu Penyelesai segala permasalahan...

ALLAHU RABBI...
ampunkalah diri ni

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg 
beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139) 
 
YA ALLAH kau permudahkan lah urusan KU
YA FATAH kau bukalah hati mereka untuk menerima hidayah mu
YA  RAZAK kau berilah, kau yang maha membolak balikkan hati ini... kau tetapkan lah hati kami bernaung di bawah cinta mu
YA  GHAFFAR kau jaga lah aib kami supaya ia tidak menjadi bahan cacian dalam dakwah kami..Kau perlihatkanlah kepada kami hikmah disebalik setiap kesalahan kami
YA `AFUWW kau ampunilah dosa kami, sama ada yang kami sedar atau tidak sedar, sama ada yang lepas, yang sedang kami lakukan dan yang bakal kami lakukan...

KAU BERIKALAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK BERUBAH YA ALLAH...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286) 


~~ muhasabah seketika itu perlu.. kerna diri ini, setiasa melakukan kemaksiatan ~~

Wednesday, December 05, 2012

JOM baiki hati rosak

JOM baiki  hati rosak

UJIAN
UJIAN
dan
UJIAN

aduhh.susahnya...
kepenatan fizikal
kepanatan metal...

Penat
PENAT
PENAT...

tapi.. something sweet...

UJIAN and PENAT [ ikhlas,taqwa ] = KEMANISAN

" memperbaiki hati itu hanyalakukan dengan taqwa, tawakal kepadanya, mengesakannya dan berlaku IKHLAS dalam setiap amal yang dilakukan semata-mata keranaNYA. "



" Ya allah, sibukkan lah hati kami dengan ketaantan kepadamu, dan hati kami dengan ma`rifat kepadamu. Sibuk kan lah sepanjang hayat kami , siang dan malam kami,"

Monday, October 29, 2012

Cerita menarik Ibrahim Adham....







Cerita menarik Ibrahim Adham....

Kesimpulan:
-Apa tujuan kita hidup?
-Sanggupkah kita tinggalkan DUNIA untuk ALLAH?
-Dunia ini persinggahan kita...

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diirin
gi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, "Kembalikanlah jarumku!"

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: "Aku inginkan jarumku sendiri."

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia (sekarang Iran tapi ada sumber lain cakap kat Syria, tatau la Ciknur). Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

*Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.

Tuesday, September 04, 2012

RAHSIA GARAM



Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W mem
akan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.




Monday, September 03, 2012

Tunduklah Pandangan wahai anak muda



TUNDUKLAH PANDANGANMU WAHAI ANAK MUDA..




ada satu kisah tentang seorang pemuda berjumpa dengan gurunya lalu sempat bertanya kepada gurunya dengan satu soalan:


Anak Muda: "guru! saya ni seorang anak muda yang kuat dan banyak keinginan, saya tidak mampu menegah diri saya daripada memandang kepada perempuan2 di pasar, apakah yang patut saya lakukan?"


lalu gurunya telah memberikan secawan yang diisi penuh dgn susu dan gurunya telah memberi pesan kepada anak muda ini, agar dia membawa secawan susu itu ke satu tempat.
"awak kena bawa secawan susu ini ke tempat yang telah aku tentukan dan awak mesti melalui pasar itu tanpa menumpahkan sdikitpun air susu dalam cawan itu"

guru memanggil salah seorang anak muridnya, agar memerhatikan pergerakan anak muda ini, dan memerintahkan agar memukulnya di khalayak ramai sekiranya anak muda ini menumpahkan susu itu.

akhirnya..

anak muda ini berjaya membawa susu tersebut ke tempat yang telah ditentukan oleh guru ini tanpa menumpahkan setitik pun dari cawan.

lalu guru bertanya: "BERAPA RAMAI PEREMPUAN DAN ANAK DARA YANG TELAH KAMU PANDANG SEPANJANG JALAN?".

anak muda menjawab: " wahai guru ku! aku tak pandang apa2 pun sepanjang jalan. ini kerana aku cuma takut dipukul dan dimalukan dihadapan khalayak ramai apabila aku menumpahkan air susu ini".

gurunya berkata: " BEGITULAH KEADAAN ORANG BERIMAN, SEORANG MUKMIN ITU AKAN SENTIASA TAKUT KEPADA ALLAH DAN SEKSAAN DIAKHIRAT KELAK APABILA MELAKUKAN MAKSIAT"

ORANG YANG BERIMAN AKAN MENJAGA DIRI2 MEREKA DARIPADA MELAKUKAN MAKSIAT.

MEREKA SENTIASA MEMBERI FOKUS UNTUK PERSEDIAN HARI KIAMAT.

satu kerugian HARTA beribu-ribu di BANK


bukan susah untuk pegang duit beratus-ratus
beribu-ribu..
tapi bila duit beratus-ratus, beribu-ribu berada di tangan
terasa susah untuk melepaskannya..
untuk membeli barang fikir 2 3 kali dulu baru beli
untuk memberi sedikit kepada mereka yg tidak mampu
berat rasa hati untuk mellepaskannya

NYAH diri.,.engkau telah termakan dengan hasutan godaan SYAITAN

" syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan , kepapaan dan ia menyuruh kamu membuat perbuatan keji ( bakhil ).....**" al baqarah 268

Lihatlah Janji syaitan kepada manusia.. menjanjikan suatu yang indah , mendidik manusia supaya kedekut untuk melakukan ibadah sedekah..Sedangkan sedekah itu bukanlah mengurangkan sedikit pun harta manusia. Malahan ALLAH kurniakan nimmat kepada manusia. Bertambah-tambah nikmat..

Biarlah duit berkumpul di BAnk beribu-ribu tanpa diguna. Apabila saat malaikat menyambil nyawa..Duit itu hanyalah sekadar duit yang tidak memberi Faedah kepada manusia..

Tapi jika harta tersebut digunakan, di infakkan , diwakafkan.. pastinya pabila malaikatul maut datang mencabut nyawa.. harta tersebut masih dapat memberi manfaat walaupun telah meninggal dunia..

inilah janji allah
.......** sedang ALLAH menjanjikan kamu keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaanNYA. DAn ingatlah ALLAH maha luas limpah rahmatnya lagi sentiasa meliputi pengetahuanNYA" al baqarah 268

picture credit to .desibucket


12.32 a.m
September 2nd
“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)