Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Sunday, September 02, 2012

Kisah Al-Hassan Al Basri dan Khalifah HArun Al Rashid

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r. a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." 

Kisah Al-Hassan Al Basri dan Khalifah Harun Al Rashid
"After the establishment of the Abbasid Caliphate in the eighth century C.E. with its capital at Baghdad, the highly Hellenized medical centre of Gondeshapur in south west Persia began to radiate its influence. Harun al-Rashid encouraged the translation of Greek medical texts into Arabic, which for the next five hundred years would be the principle language for the dissemination of medical science from Baghdad to Toledo. The works of Hippocrates and more importantly those of Galen dominated, which the Arabic authors commented on and augmented."


Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya.

Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat.
Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.
 

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir.
 Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis.Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan.

Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.
 

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?
 

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.
Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ? 

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut.
Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.


Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus,baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya. 

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri.

Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri 
membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana. Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci. 

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri!
 

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ. 

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri!
Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2. Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan. 

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.
 

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.
 Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri. 

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.
 

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.
 

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?
 

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini..
jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri.

Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya. Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.
 

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.
 

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar. Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.


" Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.
 

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah.
Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut.Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu.Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat.
Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. 

Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.
 Sekian. 
Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid "
Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya. 

"
Salam,
 Harun, 

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?
 

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ?

Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik
 rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu.

Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung.
Kau biarkan mereka
 tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?" 

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka.

Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.
 

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan.

Amanah rakyat telah engkau khianati.

Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.
 

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?
 

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu.

Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!
 

Sekian.


Hassan Al Basri "

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri.
Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada
 Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid. 

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.
 

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu.
Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya.Kini hatinya menjadi rungsing.

Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan.
Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu berkatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.


Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah. 

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.
 

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?
 

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai
 oleh ahli sufi. 

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri.

Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah
 dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ? 

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini.
Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu.
Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.
 

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. 
Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.

Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. 

Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu.

Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas.

Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.
 

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat.

Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan 
Al Basri dan terus menangis.Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya.
Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.



Friday, August 17, 2012

Asal Usul Koko


 
Buah koko atau nama saintifiknya Theobroma Cacao yang bermaksud ‘makanan dewata atau tuhan’ bermula sejak 600 tahun sebelum Masihi di Lembah Amazon dan ditemui oleh Kaum Mayan yang kemudiannya memperkenalkannya kepada Kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan. Pada tahun 1502, ketika Christopher Colombus mendarat di Mexico, dia telah diperkenalkan oleh raja Aztec iaitu Raja Moctezuma minuman koko Xocolatl, Setelah ia dibawa balik ke Eropah, maka bermulalah evolusi koko di dunia,  dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia.
Koko banyak ditanam di Sabah terutamanya daerah Tawau, hampir 60% koko Malaysia dihasilkan di sana.  Oleh kerana banyaknya koko di Tawau, bandar Tawau juga dikenali sebagai bandar koko. Koko juga terdapat ditanam di Pahang terutamanya daerah Temerloh & Jengka, tetapi sekarang ini, jumlahnya semakin berkurangan kerana petani lebih suka memilih tanaman kelapa sawit yang lebih mudah penjagaannya.

Proses memeram biji koko selama 5 hari sebelum dikeringkan selama 8 hari lagi

Masa muda saya ketika membelah buah koko di Ladang Tenom, Sabah

Biji koko perlu diperamkan terlebih dahulusebelum dikeringkan, ini sangat penting untuk menghasilkan perisa coklat.  Biji koko yang tidak diperam tidak boleh diproses menjadi coklat kerana tiada terdapat perisa coklat  di dalamnya. Biji koko yang telah diperam akan dikeringkan sebelum digredkan & dibungkus.

Biji koko kering

Massa Koko cair semasa diproses






Biji-biji koko kering tadi akan di bersihkan, dipanggang, dipecahkan, dibuangkan kulit luarnya sebelum dikisar menjadi Massa Koko atau Cocoa Liquer ( Ini yang orang selalu keliru dan mengatakan ianya haram, Cocoa Liquer tiada mengandungi alkohol ya.)  Massa Koko ini akan diperah untuk mengeluarkan Lemak Koko dan hampas yang tertinggal akan dikisar menjadi Serbuk Koko ( Jadi selama ini kita makan hampas lah ya..he..he).  Serbuk koko ini akan dialkalikan untuk membuang rasa masamnya, ini dinamakan ‘Pengalkalian’ dan serbuk koko yang terhasil dinamakan ‘Alkalised Cocoa Powder‘.  Ianya agak gelap sedikit berbanding serbuk koko yang neutral. Jadi untuk menghasilkan kek atau biskut yang sedap, gunakan lah serbuk koko yang diproses ini, rasanya lebih sedap dan mudah larut. Semakin banyak proses pengalkalian ini dilakukan, semakin gelap serbuk koko yang terhasil, oleh itu serbuk koko hitam itu agak banyak kendungan kimianya ( Inilah serbuk koko yang digunakan untuk membuat biskut coklat warna hitam yang terkenal tu…..)
Untuk proses membuat coklat, perbezaan antara coklat gelap. coklat susu & coklat putih juga perbezaan antara Coklat Tulen, Coklat Tiruan dan Coklat Diabetik akan saya ceritakan pada entri akan datang ya…Chef Amer



By : Chef Amer
Rujukan : Bila Chef Amer Berbicara

Thursday, August 16, 2012

KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI






Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”






sesiapa yang melazimi istighfar, maka ALLAH akan menjadikan baginya dari setiap kesempitan ada jalan keluar dan dari setiap kesedihan ada kelapangan serta ALLAH akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka ==> sunan abu daud

Wednesday, August 15, 2012

Di manakah hati kita diletakan di dalam kehidupan ini?




Di manakah hati kita diletakan di dalam kehidupan ini?

pernah tak satu ketika, kita mencuri masa kita walaupun sesaat untuk bertanya HATI kita..Dimana kita meletakkannya dalam kehidupan kita.adakah hati kita ini sekadar satu organ dalam, yang berfungsi sebagai satu tempat pertukaran darah oksigen dan carbon diokside.
atau hati kita diletakkan satu tempat sebagai madarasah,sekolah,tuisyen mendidik jiwa kita mengenali kehidupan dunia, mengenali keidupan akhirat, bermatlamat untuk dunia seiring dengan akhirat.

Kita bukan lah malaikat yang iman nya tidak turun, kita bukanlah nabi yang iman nya sentiasa naik, kita juga bukan lah dilahhirkan sebagai syaitan, yang iman nya tiada. Tapi kita hanya lah hamba Allah yang kadang-kadang iman naik kadang-kadang kita alpha iman kita merudum jauh.  Malahan hati kita membawa maut sebelum kita dimautkan . menurut Sheikh Ibn Ata`iilah hati yang mati itu boleh diklasifiasikan sebagai


“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.

 kita sendiri kadang-kadang tidak sedar yang hati kita sebenar nya sedang nazak. Dek kerna ego, kita ketepikan penyakit kerna malu untuk mendapat rawatan. Maksiat masih lagi berleluasa dalam diri kita. .
Kita sibuk untuk menasihati orang, jangan itulah, jangan inilah, buat itulah bat inilahlah..alahan sehingga nasihat itu mampu memberi kesan kepada mereka..tapi sayang nya . ... teguran yang kita beri, langsung tidak memberi hasil, tidak memberi kesan kepada hati kita..PUNCA nya..itulah HATI kita MAsih bermaksiat. Kita bermaksiat dengan ALLAH, kita masih melakukan dosa-dosa yang kita sendiri tidak sedar.


pesan Imam AL-ghazali..
 " cari lah hatimu di tida tempat.. temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran, tetapi jika tidak kau temui, crilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati, jika tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, Pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"

ALLAHUAKBAR..



Friday, August 03, 2012

ibrah kehidupan




YES..
cuti ni persiap kan diri merancang kelancaran untuk sem depan..
memandangkan kebizian semakin bertambah
merancang strategi pengurusan masa
strategi pengurusan diri
strategi pergaulan
USRAH...
AKADEMIK....
DEAN LIST
PROGRAM-PROGRAM



 alhamdulillah... pernah di dianugerahkan ALLAH nikmat kegagalan.. yang masih lagi menghantui diri. KEFOBIAAN. orang kata "orang berjaya adalah orang yang pernah hadapi kegagalan " BETUL ke??
"kegagalan"
sapa yang nak.. kalau ditanya kepada pelajar sekolaah..pasti nya tiada siapa yang akan angkat Tiada siapa menghendaki akan kegagalan itu. Namun bila mana menyebut "Kejayaan" semua nya mengkehendakinya. Tapi dengan kegagalan lah mengajar seribu erti pengajaran. Dengan kegagalan mengajar erti  kelemahan
Dengan kegagalan mengajar erti kehidupan kita.Dengan kegagalan megajar diri mendekati yang maha ESA

keep smile :))
jom merangcang strategi semester hadapan


Saturday, July 28, 2012

kisah Pelita Khalifah umar abdul Aziz

"Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu .
"Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda .
"Ada keperluan apa?" tanya Khalifah .
"Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah ."
"Masalah apa?"
"Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk .
"Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya .
"Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab anaknya kehairana melihat sikap ayahnya .
"Kalau begitu tunggu sebentar," sahut Khalifah dari dalam .

Khalifah kemudian bangun dari tempat duduknya mendekati satu-satunya lampu minyak di bilik itu, dan kemudian meniupnya sehingga padam . Ruang kerja itu berubah gelap gelita . Lalu Khalifah membuka pintu dan anaknya disuruh masuk .
Pemuda itu semakin hairan melihat tingkah laku ayahnya . Knapa berbicara dalam ruangan yang gelap seperti ini? Apakah ayahnya sudah bingung atau berubah ingatan? Apakah terlalu keras , tindakannya menjadi aneh di luar kebiasaan orang waras ?
Dengan agak sangsi dan sedikit takut pemuda itu bertanya ingin tahu kepada ayahnya .

"Ayah, di ruang ini cuma ada satu lampu, mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang dalam gelap?"

"Benar , kalu kita berbicara di dalam bilik ini, kita akan berbicara dalam keadaan gelap," jawab Khalifah .

Mengapa, Ayah?

"Apakah kau tahu bilik apa ini?"
"Bilik kerja Ayah .
"Siapakah Ayahmu?"

"Amirul Mukminin , Khalifah seorang pemimpin negara," jawab anak muda itu semakin tidak mengerti . Bahkan dia menjadi semakin curiga ayahnya telah mabuk kekuasaan sehingga hilang akal sihatnya .

Itulah jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin , maka kita akan berbicara tanpa lampu penerang di ruang ini."

"Mengapa?"

"Yang akan kita bicarakan adalah masalah keluarga, sedangkan lampu itu minyaknya dibeli dengan wang negara, wang rakyat . Aku tidak mahu urusan keluarga hingga merugikan milik rakyat, kepunyaan negara . Ruang ini adalah bilik kerja untuk kepentingan rakyat dan negara . Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan diminta pertangungjawab oleh Allah kelak di Hari Pembalasan?"









cinta kepada dunia adalah gerbang kejahatan































Tuesday, May 01, 2012

qasidah ya badrotim


 

Qasidah : Ya badrotim

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali


Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli



“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)