Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Sunday, October 16, 2011

11 GOLOGAN AHLI NERAKA


11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

Saturday, October 15, 2011

itu satu tanggungjawab, bukan untuk satu kritikan

DUNIA KINI

bila mana kita melihat berita-berita dalam dada akhbar, anak di buang, anak bunuh bapa, bapa makan anak, janin di buang...macam-macam persepsi kita pelbagai kata-kata kesat di luahkan dari mulut kita..
malahan dalam laman sosial Facebook sudah terbina pelbagai page bagi mungutuk-kutuk mereka-mereka yang melakuakn perkara sedemikian.Namun APAKAH kesannya dari kita mengutuk,memaki hamun, mencaci mereka-mereka ini usai kita membaca berita-berita ini di dada akhbar.TIADA kan, malahan genjala sebegini masih berlaku dan berlaku.

Tiada kesan langsung dari kita terus memberi negetif komen dengan hanya tahu berbicara kesat,hina tanapa menyedari hakikat sebenarnya tanggungjawab tersebut terletak di tangan kita.bila mana pembaca-pembaca akhbar, memberi respons sedemikian rupa mungkin disebabkan perkara tersebut tidak berlaku dalam keluarga kalian. . Mungkin pembaca kini hidup dalam sebuah kehidupan harmoni dan masyarakat yang mempunyai cara pemikiran yang sama.Akan tetapi bagaimana dengan anak cucu pembaca 10 tahun lagi, 20 tahun lagi.Tiada siapa akan tahu akan masa depan. Tiada siapa tahu halatuju & keadaan anak cucu.


KRITIKAN ke TANGGUNGJAWAB

" ceh, masa buat x ingat dunia, dah jadi baru tau"
" dah buat berani tanggung"
" dah la buat dosa zina, tambah lagi dengan dosa bunuh anak, t tanggung di neraka"

mungkin ni statement yang akan terpacul dari mulut kita.Tiada langsung effect yang akan sizina dapat melainkan kita ubah dengan satu rasa tanggungjawab.

SATU TANGGUNGJAWAB untuk memberi ilmu kepada mesyarakat
SATU TANGGUNGJAWAb untuk membawa remaja-remaja ini ke pangkal jalan
SATU TANGGUNGJAWAB untuk mendidik remaja-remaja ini mengenal hukum agama
SATU TANGGUNGJAWAB untuk menjaga mereka ini agar tidak terus terjebak kembali
SATU TANGGUNGJAWAB untuk mendidik IBU BAPA bahawa peri pentingnya menjaga pergaulan anak mereka
SATU TANGGUNGJAWAB untuk memberi IBU BAPA mereka ilmu agama
SATIU TANGGUNGJAWAB untuk mengajak IBU BAPA mereka ke MASJID



BIAR SALAH DALAM BERSANGKA BAIK DARI BENAR DALAM BERSANGKA BURUK


" Sekiranya seorang itu mempunyai 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah akan kebaikan yang 1 itu nescaya kebaikan dalam dirimu akan bertambah. Dan tiliklah akan dirimu, walaupun kamu mempunyai 99 kebaikan dan 1 keburukan, tiliklah keburukanmu itu mudah-mudahan kamu dapat perbaiki keburukan itu"

Turning our mindset|
by
transformation  to change the perception of thought
 transformasi berjaya



kata mereka....


alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimah ini....

Berkata Sayidina Umar Al-Khattab:

"Aku mengamati semua sahabat,dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua jenis pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. Umar berpaling pada Fatimah(adindanya) seraya berkata “Alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimah ini.”

Wednesday, October 12, 2011

awakkk... tolong la... saya sangat-sangatt rindukan awakk

awakkk...
tolong la...
saya sangat-sangatt rindukan awakk
pleazzzee...
awak jangan tinggalkan saya..
pleasee....

lama x jumpa awak...
rindu sesangat...
cewahhhh mood jiwang la plak...

saya
saya sesangattt rindukan awakkk...

;.....((((

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati


Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.
Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.
BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.



~~ subhanallah...diri ini merasa lemah, mampukan untuk terus istiqamah di jalan ini..hanya doa kepada  mu YA RABB pemilik hati ini, yang mendatangkan kami hidayah serta rahmat mu untuk istiqamah beramal~~

selangkah kaki melangkah, tiada ISTILAh berpatah balik

hmmm...
detik demi detik sentisa tengok kat kalender
bila la nak habis belajar
ERTI belajar teramat luas.
di ibaratkan setitis air di lautan
ilmu yang kita miliki....

walaupun skang dah x belajar
alhamdulillah pembelajaran secara tak langsung masih belaku...
moga hati terpaut & terus istiqamah
dengan long life learning
cewwahhh

melihat kembali ke belakang...
hampir setahun berada di bumi kayangan ini
hampir setahun juga lah mengaplikasi kan segala
ILMU, TARBIAH dan PENGALAMAN
bak kata orang lain negeri hujan nya lain
di negeri orang hujan BATU
di negeri sendiri HUJAN EMAS...
betoi ka..
(hmm tipu r pepatah ni.x penah g hujan EMAS)

dulu zaman kanak-kanak,
ketika mana diri masih lagi bertatih mencari erti kehidupan
diri masih bertatih belajar mencari sesuap nasi...
semua nya perlukan bantuan orang untuk menyup, mengajarnya...

kini Penuh onak dan Duri
Perlu di redah sendiri..
bak kata orang
selangkah kaki melangkah,
tiada ISLTILAH berpatah balik....

Onak untuk berjuang di negeri sendiri berbeza mehnah dan tribulasinya...
kalau dulu di manja kan dengan
kesenangan
KINI...
onak hutan nipah terpaksa diredah

NAMUN
inilah nikmat berada di
JALAN yang telah ku sendiri pilih

walaupun penat siang berkerja
malam pula mencari sesuap santapan hati
tidak kira peluh menitis
inilah saksi di akhirat nanti

kadang-kadang
terasa jua letih
tapi bilamana melihat sahabat-sahabat
yang mengandung
yang sedang mengendong anak
yang sedang menghadapi peperiksaan
mampu untuk turun ke medak dakwah
mampu untuk turun ke medan perjuangan
mampu untuk turun ke medan tarbiyah
apatah lagi diri ini yang hanya kecil halangan
NAMUn segala-gala perlu di nisbahkan kepda ALLAH

~~ moga pemilik hati ini memelihara hati ini untuk terus thabat & istiqamah dalam mendidik jiwa masyarakat untuk mengenaliNYA~~
hmm apalah yang aku merepek malam-malam ni..insyaALLAH, dah x lama lagi masa ana akan jadi banyak kembali, jadual sudah di susun untuk usrah,skuba,diving,masuk utan,mancing ikan,tanam pokok rossele & naga n bla2..hmm..banyak sungguh aktiviti...



“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)