Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Thursday, November 24, 2011

akhirnya, keluar juga penjara


alhamdulillah....
akhirnya...
setelah 3 tahun lebih dimasukkan ke penjara

sekejap tadi jam 12.30 P.M

maka detik bersejarah
saya telah bebas
dari penjara akademik.....

walaubagaimana pun...

adakah MINDA kita sudah Bebas dari PENJARA Ideologi BARAT
adakah MINDA kita sudah bebas dari penjara Kehidupan..yang hanya memikirkan DUNIA dan DUNIA

wallahualam...
jawapan di tangan ANDA....

Friday, November 18, 2011

kubaca firman persaudaraan

" berkasih sayanglah antara kamu sama  lain, berusahalah kearah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga ALLAh membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya allah maha pembuka" - as-syahid imam hassan al-banna


assalam.
insyaALLAh..
esok lusa sesi pengajian untuk pelajar diploma akan bermula...

good luck buat sahabat perjuangan di kampus...
biar badai melanda
biar diuji dengan akademik

jangan jadikan itu sebagai batu penghalang
utk terus menggarap kejayaan
jangan jadikan itu sebagai titik untuk jatuh semangat
jangan jadikan itu sebagai untuk jatuh tersungkur....

InsyaALLAH...
ujian itu peringatan untuk kita

kita kan sering alpa
kita kan BLURR...
kita kan JEMM...

insyaALLAH...

KITA semua kan ada UKHWAH FILLAh...
 
UKHWAH kita yang di uli dan di saluti dengan keiman

" sesungguhnya orang beriman itu bersaudara" surah hujurat ayat 10

tanpa UKHWAH yang terjalin, sudah pasti tidak merasai kemanisan IMAN kan


sabda RASULULLAh
" Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan IMAN : ALLAH dan RASUL adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kufur seperti mana ia benci dihumban ke api neraka"  (  riwayat Imam BUkhari & MuLim)







Thursday, November 17, 2011

JAKET LABUH UNTUK DI JUAL

JAKET LABUH UNTUK DI JUAL



JAKET LABUH A

CIRI-CIRI
1- KAIN COTTON ( TEBAL DAN BERAT)
2- BOOLEH ADJUST BESAR DI BAHAGIAN BAWAH
3- SELESA, BOLEH DI PAKAI UNTUK STUDENT KE DEWAN KULIAH








JAKET LABUH B
SOLD OUT
CIRI-CIRI
1- BUKAN 100% COTTON ( RINGAN )
2- 2 LAPIS..BAHAGIAN DALAM WARNA PINK
3-MEMPUNYAI POKET
4- STYLO DI BAHAGIAN TANGAN








Monday, November 14, 2011

sains biomolekul , kimia forensik @ pure kimia...

assalam...
okeh...sanah helwah utk diri ini..semakin meningkat usia..entah lah apa khabar dengan amal sebelum ini..semakin banyak amanah yang kita tanggung..suatu hari nanti pasti akan di tanya..apa yang telah kita lakukan dengan amanah tersebut

" sebaik-baik kamu adalah yang panjang umur nya serta baik amalannya"

sekarang dalam dilema, untuk menggapai satu azam, satu misi... hari ini 14/11 esok 15/11 lusa 16/11,,, hanya tinggal satu hari saja lagi untuk menentukan hala tuju...wallahualam..dalam dilema antara biomolekul, kimia forensik dan pure kimia..


please HELP!!!!!!!!!!

Sunday, November 13, 2011

10 golongan yang dilaknat berkaitan hal arak..




Hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Thursday, November 10, 2011

tips menderma darah buat MUSLIMAT

alhamdulillah....hajat yANg berkurun akhirnya tercapai.. setiap orang ada benda atau perkara yang seseorang itu takuti..saya jamin...ramai antara kita pernah untuk takut kepada JARUM..Masih ingat kan zaman sekolah dulu, bila nampak ja van berlogo bintang sabit dengan nurse-nurse yang berpakaian putih mesti takut kan..mesti dah terbayang akan jarum..padahal nurse datang untuk check gigi kita..KITA masih akan berasa takut kan..ngerrr...

tapi bila mana kita semakin membesar, semakin matang...sudah pasti ada nya yang masih takut akan jarum ada pula yang relax jerr..

OK fine..

tapi jangan diktakut-takut sangat dengan jarum, kerna dengan jarum kita boleh untuk beramal JARIAH..dengan jarum jua kita akan merana.. apa yang ana nak PROMOTE kan di sini.. UNTUK mengajak pembaca sekalian untuk kita menderma darah kita.. andai kita masih dalam keadaan sihat, andai kita masih dalam keadaan tidak bergantung dengan ubat..JOM la kita untuk menderma darah..Setiap hari ada sahaja pesakit yang memerlukan darah kita..TAPI apakan daya " blood bank" sengket darah..

AYUH luangkan masa 1 jam jer...untuk kita membantu mereka memerlukan..kita tiada duit untuk berbakti TAPI kita ada darah untuk berbakti..




OKEH..back to main point
sebenar nya nak kongsi sedikit tips2 buat muslimat yang nak menderma..MUNGKIN ada muslimat tringin untuk menderma darah..tapi situasi keadaan semasa menderma tu terlalul OPEN..di mana mungkin ada dr. lelaki, ada lelaki lain2 lalu lalang ke...

insyaALLAH muslimat masih mampu untuk menderma DALAM keadaan MENUTUP AURAT

1- pasti kan anda membawa tuala yang panjang.( e.g : good morning)
 tuala ni akan jadi alas di atas tangan anda selepas nurse menyuntik anda dengan jarum..
2- pastikan klu x nak boring or memudahkan kerja anda bawak teman anda..
klu ada penderma lelaki ( usually di hospital open, banyak kerusi derma dalam 1 bilik) sebelah anda..kawan anda boleh lindungi anda semetara menunggu nurse inject..slps tu boleh lor cover ngn tuala..
3- yang penting..jangan lupa zikir ( dalam hati sudah).. mohon agar penerima darah anda cepat sembuh, supaya lebih kuat utk beribadah..

insyaALLAH


Tuesday, November 08, 2011

IKLAN : sepasang kasut untuk anak-anak yatim

KLIK pada rajah utk melihat dengan lebih besar
[Derma] Bantu Anak Yatim Untuk Bersekolah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sharini Nadzri Nisa' (013-600 8151)

PERTUBUHAN NISA' MALAYSIA
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
AKAUN NO: 1447 0000349 100

Tambahan sumbangan dana kasut sekolah bagi pelajar miskin&yatim daerah Sepang & Banting. Pihak kami akan membawa adik2 tersebut memilih kasut kegemaran mereka sendiri.insyaAllah =))

Raikan adik-adik kita yang bakal memulakan sesi persekolahan 2012.. seperti kita dulu-dulu begitu meriah dan bersemangatnya menyambut hari persekolahan dengan kasut baru yang putih berseri.. melangkah dengan penuh semangat... =)) jika dulu kita diraikan mengapa tidak sekarang kita raikan mereka??


“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)