Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

e-usrah

Monday, December 05, 2011

bahtera penyelamat

 APAbila seseorang yang merasai dalam diri mereka ada nya satu sifat iaitu sifat perlu nya menyampaikan amal maaruf nahi mungkar..Pastinya akan merasai bahawa diri mereka sudah cukup bekalan..mereka lah yang terbaik di antara mad`u, mereka lah itu, mereka lah ini..

kadang-kadang terdapat jua yang merasai menyampaikan perkara baik itu adalah satu bebanan..adalah satu perkara yang menyusahkan..

tapi buat para dua`t sekali...bukan itu yang patut kamu rasakan , bukan itu yang patut kamu lakukan...

sifat itulah yang membuatkan orang membenci akan dakwah, orang membenci untuk melakukan kebaikan...

ALANGKAH indah apabila para-para dua`t sefikiran, se ering dan sejalan..MUNGKIN bahan bacaan ini boleh menjadi panduan buat para dua`at...








Judul buku : BAHTERA PENYELAMAT dalam kehidupan PENDAKWAH
Terbitan : Dewan Pustaka Fajar
Penulis : FATHI YAKAN
Terjemahan oleh : Ustaz Abdul Ghani Shamsudin , Ustaz Zawawi Hj Ali
Judul Asal : Qawarib Al-Najat Fi Hayat al-Du`ah
Harga : RM 17.00

Isi Kandungan

Bahagian Pertama : Rintangan Perjuangan dalam kehidupan Pendakwah

dalam bab ini, menerangkan rintangan-rintangan kepada pendakwah terhadap beberapa kelompok manusia. Antarannya rintangan dari orang mu`min yang dengki kepadanya, rintangan dari orang munafiq, rintangan dari orang kafir yang memeranginya, rintangan dari musuh nyata islam syaitan laknatullah serta rintangan paling besar, nafsu pendakwah jua. Selain itu bab ini jua memberi peringatan kepada pendakwah secara tidak langsung..

Bahagian Kedua : Ciri-ciri Keimanan

dalam bab ini menerangkan akan sifat-sifat pendakwah/bakal pendakwan , keimanan mereka yang perlu mereka jaga agar atau menjadi panduan agar tidak lari dari garisanya..

Bahagian Ketiga : Bekalan Para Daie

Hidup di alam dakwah, bukanlah satu jalan yang mudah, bukanlah satu jalan yang lurus.Penuh onak duri serta berliku-liku..Setiap penghuni jalan ini, perlunya bekalan agar tidak kelaparan di akhirnya..atau berhenti d tengah JALAN..Bab ini menerangkan..hidup sebagai pendakwah bukan sahaja perlu memberi nasihat kepada orang lain.akan tetapi daie itu sendiri perlu ada bekalan untuk dirinya sendiri..Berdakwah bukanlah hidup untuk memberi , malahan perlu merima jua...

Bahagian Ke-empat : Bahtera Penyelamat Untuk Para Da`i

hidup kita ibarat berada di atas kapal..perlunya nakhoda dan jua hamba..Nakhoda dan Hamba ini perlunya untuk saling bantu membantu agar Bahtera yang di naiki sampai ke destinasi..Begitu jua Bab ke-4 ini..Perlu untuk mengetahu akan bahtera yang di naik agar lebih merasai kelazatan nya..agar lebih mengetahu dengan jelas hala tuju kapal..

2 comments:

NuR DiNaH said...

aizad,bila nk bina baitulmuslim? hehe

riihulwardah said...

hai...
asal nama BAHTERA
terus ko nampak BAITUL MUSLIM ek...

ni buku bekalan buat para-para yg nak buat amal kebajikan...

buku ni ketuk diri kita sendiri
dalam niat kita
dalam amal yg dah kita buat

beli..sangt seronok..

INSYAallah..ana jemput enti t..bila dah sampai masanya

“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)